Nuffnang Analytics Report

Wednesday, December 9, 2009
Posted by EmI

Nuffnang Analytics Report telah bertukar. Lebih interaktif dan nampak kemas.I like it.



 

Labels:

Friendster New Look

Posted by EmI

Wah! Friendster telah berwajah baru dan berlogo baru. Sebelum ini aku perasan yang dia menambah bar untuk chat kat bawah browser macam facebook tapi cuma support untuk browser Internet Explorer. Selain itu homepage juga bertukar untuk latest update.Sekarang perubahan yang amat ketara kerana melibatkan interface dan logo

Bersusah payah Friendster membuat penjenamaan semula kerana pengguna Friendster dah makin berkurang.Aku juga telah lama tidak update friendster aku dan baru-baru ini aku telah membatalkan akaun aku di friendster


Anda mungkin tahu sebab apa pengguna laman sosial Friendster berkurang. Jika ada yang tidak tahu atau tidak sedar aku terangkan. Sekarang deman Facebook telah melanda dunia. Orang lebih berminat konsep Facebook yang menggunakan wall dan terdapat aplikasi-aplikasi sampingan. Selain itu teknologi AJAX menarik minat sume pengguna kerana proses loading page agak cepat. Ini kerana kita tidak perlu ke page lain untuk post comment,cuma click dan form akan keluar di bawah.Wall anda akan diupdate sentiasa tanpa di refresh.

Disebabkan itu, friendster mula meniru konsep Facebook kerana mungkin mereka melihat pengguna lebih suka konsep itu.Tapi adakah dengan perubahan Friendster itu dapat menarik pengguna baru atau pengguna lama kembali ke Friendster? Aku rasa tidak kerana aku sendiri tidak berminat.Tapi kita tunggu masa menentukan, mungkin orang akan bosan dengan Facebook atau Facebook tidak menjaga privasi kita.Kita tunggu dan lihat dan mencari idea untuk mencipta konsep baru untuk rakyat Malaysia sendiri

Labels:

Through My Window - Bunkface

Tuesday, December 8, 2009
Posted by EmI


D
Don’t want much, I just want everything
D/C#
Thought that I could, do almost anything
Bm
One step in front of the other
G
Thought that I could do it alone
D
In the blink of an eye, it's just another day
D/C#
Telling me why, I'll find another way
Bm
Got this feeling, got me reeling
G
I can almost start believing
CHORUS
D
Now there's me and you
G
And we are not alone
A You and me
Bm G
We are together now
D G
Through my window, I can see there's
A Bm G
More than you and more than me
D
Me and you
G
And we are not alone
A
Different view
Bm G
We are together now
D G
Through my window, I can see
A Bm G
Our wildest dreams could be so real

INSTRUMENTAL SECTION
D – G – A – Bm – G
D
I see a spark, it starts a fire
D/C#
Is this the one worth waiting for?
Bm
Thought that I could do it without you
G
Can’t exist like this anymore
CHORUS REPEAT
D
Now there's me and you
G
And we are not alone
A You and me
Bm G
We are together now
D G
Through my window, I can see there's
A Bm G
More than you and more than me
D
Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real



Labels:

Konsert Radio Rosak Grand Finale

Monday, December 7, 2009
Posted by EmI

Photobucket

Labels:

World Computer Security Day 2009

Friday, December 4, 2009
Posted by EmI

Hari keselamatan komputer disambut 30 November setiap tahun. Tujuan ia diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna komputer tentang keselamatan komputer. Kadar kesedaran tentang keselamatan komputer di negara kita adlah amat rendah. Oleh itu, ramai daripada rakyat kita menjadi mangsa jenayah siber akibat kesedaran yang amat kurang sehingga mengakibatkan kerugian beribu-ribu ringgit.

Dengan dunia semakin maju dan perkhidmatan internet makin bertambah dan berkembang, maka jenayah komputer ini makin menjadi-jadi dan berleluasa. Dahulunya orang mencuri wang hanya dengan melakukan aktiviti ragut dan seluk saku namun kini aktiviti itu boleh dilakukan dihadapan komputer. Oleh itu, maka satu badan dibawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan.


Badan diberi nama CyberSecurity Malaysia memulakan operasi sebagai Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) pada tahun 1997. Pada tahun 1998, menjadi National ICT Security & Emergency Response Centre (NISER) dan tahun 2007, NISER mengalami transformasi lain dan diganti namanya CyberSecurity malaysia.

Dengan mandat baru, malaysia CyberSecurity diposisikan sebagai pakar keselamatan cyber kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ini menjalankan TM Cyber999 Pusat Bantuan bagi pengguna internet Malaysia. Keselamatan ini juga menyediakan troubleshooting, nasihat, dan perkhidmatan khusus di bidang keamanan cyber seperti Digital Forensik dan Wireless Security. Selain itu, menguruskan sebuah Pusat Pelatihan sertifikasi profesional; menguruskan sebuah Outreach Portal www.cybersafe.my dan merupakan satu-satunya badan sertifikasi untuk Common Criteria (ISO15408) di Malaysia.

Berikut adalah senarai perkhidmatan utama CyberSecurity:

  • Digital Forensics & Data Recovery Services Digital Forensik & Data Recovery Services
  • Perkhidmatan Malaysia's Computer Emergency Response Team (MyCERT) / Cyber999
  • Pengurusan Keselamatan dan Best Practices
  • Jaminan Keselamatan & Produk Evaluasi menggunakan common Kriteria Standard
  • Keselamatan cyber Pelatihan dan Sertifikasi Profesi
  • Outreach, Kesedaran, dan Program Tanggungjawab Sosial
  • Keselamatan Siber dan Undang-undang Dasar Strategik Penyelidikan

Untuk maklumat lanjut anda boleh mengunjungi CyberSecurity Malaysia

Labels:

Mengapa Yahudi Bijak?

Thursday, December 3, 2009
Posted by EmI

Artikal ini di email dari rakan seperjabat. Aktikalnya amat panjang dan penggunaan bahasanya agak berbeda dengan kita mungkin hasil penulisan orang Indonesia, jadi luangkan masa anda sedikit untuk menghayati agar dapat memberi kesedaran.Insyallah.

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironi nya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York . Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi,pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Labels: